Ramon Navaratnam

Pengerusi Pusat Pengajian Polisi Awam Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, cadangan itu dilakukan atas gesaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad untuk menambah bilangan kakitangan agensi tersebut yang ketika ini hanya mempunyai sebanyak 2,100 orang.

"Saya berasa kagum dengan pencapaian SPRM meningkatkan operasinya baru-baru ini meskipun mempunyai cabaran seperti itu (kekurangan kakita­ngan). Sudah pastinya, kakitangan SPRM ber­hadapan dengan teka­nan dan pengorbanan tinggi yang saya ingin mengucapkan tahniah atas usaha mereka.

"Namun, saya khua­tiri tahap agresif dan semangat yang ada pada kakita­ngan agensi berkenaan ketika ini akan menjadi lemah dan semakin pudar jika isu kekurangan kakitangan tidak ditangani dengan segera," katanya sepertimana dipetik akhbar The Star, hari ini.

Pada 2012, kerajaan pernah bersetuju untuk menambah 150 kakitangan SPRM setiap tahun sehingga jumlah keanggotaan agensi itu mencecah 5,000 orang.

Jelas Ramon, isu kekurangan kakitangan perlu diselesaikan segera kerana bakal mengundang persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tahu bahawa rasuah menjejaskan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Malah, segala ran­­cangan dan dasar yang dipersetujui boleh men­jadi lemah dengan gejala itu," katanya.

Dalam pada itu, Ramon me­nyarankan SPRM supaya memberi keutamaan dengan membanteras lebih banyak jenayah yang melibatkan ikan besar atau kes berprofil tinggi di syarikat milik kerajaan (GLC), badan berkanun dan sektor swasta.

"SPRM perlu menggunakan sumber terhad mereka untuk memerangi kes-kes rasuah yang besar. Dengan langkah itu, keya­kinan orang ramai akan meningkat dan indeks persepsi rasuah (CPI) Transperancy International akan menurun.

"Malah, sempena ulang tahun SPRM ke-50 yang akan datang, saya juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperuntukkan lebih banyak jawatan kepada SPRM dalam pembentangan Bajet 2018 kali ini bagi menghargai segala kerja keras dan dedikasi agensi itu selama ini," katanya.