Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Taman tema animasi pertama di Asia, MAPS dibuka 26 Jun

taman tema
Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli bersama beberapa watak animasi popular dalam sidang akhbar Meru Raya, Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE

IPOH 21 April - Taman tema animasi pertama Asia, Movie Animation Theme Park (MAPS) di Bandar Meru Raya di sini akan dibuka kepada orang ramai bermula 26 Jun ini.

Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata, ikon pelancongan baharu yang menawarkan 40 tarikan utama itu ketika ini telah 96 peratus siap.

“Pembukaan MAPS adalah sesuatu yang dinantikan-nantikan dan kita mengakui terdapat sedikit kelewatan pembangunannya.

“Namun saya memberi jaminan kepada pengunjung ia adalah hasil daripada keputusan untuk meningkatkan nilai hiburan kepada taman tema animasi ini apabila dibuka nanti,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

MAPS yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM520 juta berhampiran Plaza Tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Ipoh Utara, di sini menawarkan enam zon tema berbeza.

Zon itu meliputi tarikan animasi Dreamworks Adventure Zone (Mr.Peabody & Sherman, Megamind, The Croods, Casper The Friendly Ghost) serta persembahan animasi The Smurfs secara langsung yang pertama di Asia Tenggara. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain