Jelas Tam, ahli kumpulan lain tidak mempunyai sebarang masalah dan memberi sepenuh sokongan sekiranya dia bergerak solo untuk seketika.

“Sebenarnya sudah lama mereka menyuruh saya untuk bergerak solo tapi saya sendiri yang menolak. Mereka tidak ada halangan dan menyokong saya.

“Insya-Allah selepas tamat program Mentor Otai nanti, saya akan lancarkan single solo saya. Semoga peminat akan terus menyokong saya dan Spider,” katanya.

Tam bersama-sama Zarul Umbrella, Misha Omar dan Siti Sarah bakal menjadi pengajar kepada bakat-bakat baharu dalam program Mentor Otai yang bakal bersiaran tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE