Menurutnya, perkara tersebut dianggap hanya mainan zaman kanak-kanak dan tidak sepatutnya menjadi punca kejadian tragis seperti itu.

"Bagi saya perkara itu lumrah kerana kita dahulu juga pernah menempuhi zaman kanak-kanak. Saya tidak sangka boleh jadi benda besar hingga jadi beginj," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Zahid turut menjelaskan pelajarnya juga tidak pernah memaklumkan sekiranya mereka pernah diugut pihak luar sebelum kejadian terbabit.

"Tidak ada. Mereka semua tak pernah mengadu diugut kumpulan lelaki (suspek) itu'" ujarnya.

Tambahnya, pelajar-pelajar memang dibenarkan beriadah di kawasan taman di belakang pusat tahfiz pada setiap hari Isnin dan Rabu namun sentiasa dipantau oleh warden bertugas.-UTUSAN ONLINE