Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penambahbaikan dibuat dapat memastikan sekolah tahfiz bukan sahaja kekal relevan, malah setaraf dengan pusat pengajian lain.

“Antara penambahbaikan boleh dibuat termasuk memantau tenaga pengajar di sekolah berkenaan selain meningkatkan infrastruktur, khususnya aapek keselamatan.

“Langkah terbaik adalah dengan memastikan sekolah tahfiz yang beroperasi didaftar dengan kerajaan, secara tidak langsung ini membolehkan kerajaan membantu sekolah berkenaan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Larkin Sentral, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE