Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Nordin Ahmad berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberi jaminan akan terus memperuntukkan bantuan itu kepada para pelajar.

Beliau berkata, selain Mara, terdapat beberapa badan lain yang memberi penajaan kepada pelajar KPTM di sembilan kampusnya di seluruh negara.

“Pembiayaan tidak akan terjejas, cuma tahun lepas lambat disalurkan.

“Jika pembiayaan lambat kita tidak menekan pelajar untuk membayar tetapi memberi kelonggaran kepada mereka sebab kita tahu masalah pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif KPTM di Dewan Utama KPTM-Kesedar, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah KPTM-Kesedar Gua Musang, Mohd. Yusoff Mat Ali.

Nordin turut memaklumkan, KPTM menyasarkan pe­ngambilan seramai 8,200 pelajar baharu pada tahun ini berbanding hanya 6,600 orang sebelum ini.

“Kebolehpasaran pelajar gra­duan KPTM juga membanggakan apabila pada 2017, seba­nyak 68 peratus pelajar dapat melanjutkan pelajaran, mendapat pekerjaan dan menjadi usahawan.

“Sehingga Julai lalu, seramai 5,185 telah melanjutkan pengajian di KPTM. Jadi kita menyeru pelajar yang layak untuk menyertai KPTM kerana di sini tempat yang terbaik untuk menimba ilmu dan seterusnya membina kejayaan,” katanya.