Sebagai contoh, Taiwan sedang menumpukan perhatian terhadap pelancong dari Malaysia supaya melawat negara kepulauan itu.

"Malaysia menjadi tumpuan pasaran penting bagi kami. Ini digambarkan menerusi pemberian visa semasa masuk (VOA) kepada pelawat dari Malaysia semasa tiba di Taiwan. Ini dibuat secara dasar timbal-balik,” kata Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng, yang ditugaskan mempromosikan pelancongan untuk republik itu.

Beliau memberitahu pemberita di Pameran Pertukaran Pelancongan Antarabangsa Berlin (ITB) di sini baru-baru ini bahawa Taiwan dan Malaysia dihubungkan melalui penerbangan komersil dan terdapat peluang baik menambahkan lagi kunjungan ke Taiwan yang menawarkan bidang-bidang menarik untuk pelancong Malaysia.

Joseph berkata, terdapat sejumlah besar masyarakat Cina yang kaya di Malaysia untuk meninjau destinasi baru di bidang kebudayaan bagi mereka menjadikan Taiwan sebagai satu daripada negara untuk dilawati. — BERNAMA