Timbalan Perdana Menteri memberitahu, kempen yang menggunakan tema ‘Travel. Enjoy. Respect’ (Kembara, Gembira, Hormat) itu bakal menjadi pemangkin untuk
mencapai sasaran-sasaran di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP).  

"Sekretariat VMY2020 telah ditubuhkan di bawah Tourism Malaysia yang akan menyelaraskan dan melaksanakan semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan
kempen tersebut.

"Semua kementerian serta agensi dan jabatan yang terlibat telah bersiap-sedia memberikan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan kempen VMY2020," katanya
dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - UTUSAN ONLINE