“Tahniah Gavin Green, cipta sejarah golfer Malaysia pertama menang Order of Merit Jelajah Asia!” kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Gavin mencatat sejarah dalam arena sukan negara apabila menjadi pemain golf Malaysia yang pertama memenangi Order of Merit dalam siri Jelajah Asia.

Selepas 12 bulan mengharungi pertarungan sengit dengan jaguh-jaguh golf Asia dan dunia, Gavin akhirnya bukan sahaja melakar sejarah peribadi, tetapi juga sejarah untuk negara.

Sebelum Gavin, tidak ada mana-mana pemain negara yang berada dalam kedudukan ini dan diangkat sebagai pemain terbaik Asia. - UTUSAN ONLINE