“Tahniah Gavin Green, cipta sejarah golfer Malaysia pertama menang Order of Merit Jelajah Asia,” katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Pemain muda berusia 23 tahun itu mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kejuaraan itu selepas mengharungi saingan sengit berdepan jaguh-jaguh golf terkemuka di rantau ini, sepanjang tahun ini.

Gavin menjadi pemain kedua termuda memenangi gelaran tersebut sejak Jelajah Asia diperkenalkan pada 2004.

Untuk rekod, pemain termuda merangkul gelaran tersebut adalah Noh Seung-yul dari Korea Selatan yang berusia 19 tahun pada 2010.

Gavin mengesahkan gelaran Order of Merit Jelajah Asia itu selepas menamatkan saingan dengan berkongsi di tempat ke-19 pada Terbuka Joburg, menyaksikan beliau meraih AS$13,277.40 (RM54,056) untuk mengumpulkan wang kemenangan keseluruhan berjumlah AS$585,813 (RM2.384 juta), musim ini.

Kejayaan membanggakan itu menyaksikan Gavin mendapat pengecualian lima tahun pada Jelajah Asia, dan beraksi di saingan berprestij ‘2018 The Open Tournament’ dan Kejohanan WGC-Mexico. – BERNAMA