MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya komited ba­gi menyediakan pen­didikan inklusif kepada semua anak-anak termasuk mereka keperluan khas.

Katanya, setakat ini, terdapat seramai 78,310 pelajar keperluan khas di sekolah di seluruh negara.

“Kita sememangnya meningkatkan kemudahan dan keboleh­capaian bagi pelajar ini termasuk dari segi tenaga pengajar.

“Kita mempunyai Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas dengan kepakaran bagi mengajar ilmu mendidik pelajar keperluan khas ini seperti masalah penglihatan, pendengaran, pembe­lajaran dan fizikal selain IPG lain turut mengajar subjek berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Bagi Pendidikan Khas Ke-2 (ICSE 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Persidangan itu menarik 650 penyertaan dari 11 negara yang membincangkan dan berkongsi pengalaman dalam soal kebolehcapaian pendidikan kepada pelajar keperluan khas.

Beliau berkata, pelajar itu berada di Sekolah Pendidikan Khas seramai 2,320 orang, Program Pendidikan Khas Integrasi (60,873 orang) dan Program Pendidikan Inklusif (15,117).

“Selain itu, kita mempunyai empat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) di Selangor, Johor Bahru, Pahang dan Kedah dengan jumlah pelajar seramai 739 orang,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir ber­kata, pihaknya bersama Michael telah mengadakan makmal bagi mengenal pasti sekolah kurang murid di negeri ini.