Tabung Haji dalam kenyataan di sini berkata, bakal jemaah yang  menerima surat tawaran ibadahhaji pada tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej, disarankan menggunakan perkhidmatan PJH.

Hal ini kerana, jelas kenyataan itu,perkhidmatan pakej haji di bawah PJH hanya diluluskan Tabung Haji sahaja.

"PJH yang disenaraikan ini merupakan agensi yang diluluskan oleh Tabung Haji untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1439 Hijrah.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada Tabung Haji adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” kata kenyataan itu.

Syarikat-syarikat yang disenaraikan Tabung Haji menerusi PJH adalah TH Travel & Services Sdn. Bhd., Alif Travel & Tours Sdn. Bhd., Andalusia Travel& Tours Sdn. Bhd., Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd., Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. dan C.S Holidays Sdn. Bhd.

Turut tersenarai Citra Travel & Tours Sdn. Bhd., Felda Travel Sdn. Bhd., Gemilang Travel and Tours Sdn. Bhd., Juara Travel & Tours Sdn. Bhd., Masamas Travel & Tours Sdn. Bhd., MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd., Rayhar  Travels Sdn. Bhd., Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn. Bhd., serta TM Tours & Travel Sdn. Bhd.

Selain itu Tabung Haji turut menyenaraikan Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd., Utas Travel & Tours Worldwide, Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.

Tabung Haji memberitahu, pihaknya juga berharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang
tengah atau ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran dan pakej haji.

Jelas pengurus tabung dana itu, senarai PJH yang menerima lesen daripada Tabung Haji boleh didapati di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji atau melayari laman sesawang http://www.tabunghaji.gov.my.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan Tabung Haji di talian 03 -62071919. - UTUSAN ONLINE