Tabung Haji sediakan kaunter kad sim prabayar
Affandi Abdullah

Menurut Naib Konsul Haji Malaysia di Jedah, Affandi Abdullah, kad sim prabayar STC akan dibekalkan secara percuma dan boleh ditambah nilai oleh para jemaah.

Beliau yang juga Pengarah Operasi Haji Madinah berkata, jemaah boleh mendaftar untuk mendaptkan perkhidmatan jtu menggunakan lencana haji masing- masing dengan dikenakan sedikit bayaran.

“Kita buka kios di Madinah dan jemaah boleh tambah nilai kad sim beekenaan untuk membuat panggilan ke tanah air,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, perkhidmatan itu merupakan antara persiapan yanv dilakukan untuk menyambut jemaah haji yang sudah 80 pefatus siap.

Menurut beliau, sebanyak sembilan bangunan penginapan disediakan di Madinah untuk menerima kedatangan jemaah dengan kumpulan pertama akan berlepas pada Sabtu ini.

Katanya, bangunan berkenaan boleh mwnempatkan 9,661 jemaah pada satu-satu masa yang dibahagilan kepada tiga zon.

Menurutnya, seramai 187 petugas haji akan bertugas di Madinah dan sudah bersedia menerima kedatangan jemaah haji. - UTUSAN ONLINE