Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tabung Haji rai Sahabat Maktab

3

MEKAH 9 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) meraikan 370 orang Sahabat Maktab yang telah membantu jemaah haji, khususnya semasa Operasi Masyair yang lalu.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua sahabat ini telah memberikan komitmen tinggi serta banyak membantu dalam proses pengendalian haji.

"Setiap tahun Tabung Haji sentiasa mencari ruang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan salah satunya adalah memperkenalkan program Sahabat Maktab ini.

"Nyata, Sahabat Maktab telah menunjukkan kesungguhan luar biasa dan tampil untuk menjadi sukarelawan. Ini adalah gandingan mantap antara Sahabat Maktab dengan Petugas Tabung Haji," katanya dalam Majlis Penghargaan Sahabat Maktab di ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Abraj Al-Janadriyah, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Rombongan Haji, Pengarah-Pengarah Operasi dan Pengurus-Pengurus Maktab. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain