Operasi masyair melibatkan aktiviti wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah dan melontar di Mina.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, segala persiapan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat antara kedua-dua pihak di sini.

“Kita melihat pelbagai aspek bagi melancarkan operasi masyair antaranya termasuklah dari segi pergerakan dan kemudahan asas di Arafah dan Mudzalifah serta Mina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mesyua­rat tersebut di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Muassasah Asia Tenggara, Mohamad Amin Hassan Andaqiri.


Video oleh KADIR BACHOK

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah bermula esok sekali gus bermakna hari wukuf jatuh pada 11 September.

Sementara itu Mohamad Amin berkata, ketika ini kerja-kerja pendawaian elektrik giat dijalankan di Arafah dan Mina walaupun bekalan elektrik hanya akan beroperasi pada Rabu depan.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menyiapkan karpet untuk kegunaan jemaah haji Malaysia di Arafah dan Mina.

“Dalam tempoh terdekat, karpet tersebut akan diedarkan kepada maktab-maktab penginapan katanya.