Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk
Datuk Seri Jamil Khir Baharom 

Program tersebut dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Kompleks Darul Kifayah dekat sini sebentar tadi.

Dalam ucapannya beliau berkata, program tersebut bersifat serampang dua mata yang bermatlamat mendidik minda, membentuk peribadi, menggilap potensi diri serta mengukuhkan jati diri pelajar-pelajar.

"Tabung Haji akan mengagihkan sumbangan zakat di bawah Program Iqra dengan tujuan membolehkan pelajar-pelajar asnaf dan kurang berkemampuan membuat persediaan serta persiapan untuk sesi persekolahan 2017.

"Setiap pelajar akan menerima sumbangan sebanyak RM500 iaitu kelengkapan persekolahan bernilai RM200 dan wang tunai RM300. Jumlah sumbangan keseluruhan adalah RM234,000 untuk 468 orang pelajar dari 16 buah sekolah terpilih," katanya.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah.

Bagi 2016, Tabung Haji menyasarkan agihan zakat pendidikan berjumlah RM2 juta untuk 4,000 pelajar asnaf terpilih di bawah Program Iqra  yang dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan ini. - UTUSAN ONLINE