Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN bersama sebahagian daripada 370 Sahabat Maktab diraikan dalam satu majl
SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN bersama sebahagian daripada 370 Sahabat Maktab diraikan dalam satu majlis di Ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Abraj Al-Janadriyah, Mekah, semalam. – BERNAMA

MEKAH 9 Sept. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) meraikan 370 orang Sahabat Maktab yang telah membantu jemaah haji, khususnya semasa Operasi Masyair yang lalu.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ke­semua sahabat ini telah memberikan komitmen tinggi serta banyak membantu dalam proses pengendalian haji.

“Setiap tahun Tabung Haji sentiasa mencari ruang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan salah satunya adalah memperkenalkan program Sahabat Maktab ini.

“Nyata, Sahabat Maktab telah menunjukkan kesungguhan luar biasa dan tampil untuk menjadi sukarelawan. Ini adalah gandi­ngan mantap antara Sahabat Maktab dengan Petugas Tabung Haji,” katanya dalam Majlis Penghargaan Sahabat Maktab di ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Turut hadir timbalan-timbalan ketua rombongan haji, pengarah-pengarah operasi dan pengurus-pengurus maktab.

Kata Syed Sa­leh, program Saha­bat Maktab (kebajikan) ini mula diperkenalkan pada tahun 1431 Hijrah dan diikuti dengan Sahabat Maktab Ibadah dan Medik.

Tambah Syed Saleh, melalui maklum balas daripada semua pe­ngurus maktab, mereka menyatakan Sahabat Maktab amat berdedikasi dan sentiasa sedia memberikan khidmat pada bila-bila masa.

Sahabat Maktab merupakan mereka dalam kalangan jemaah haji yang mempunyai pelbagai latar belakang perkhidmatan termasuk daripada anggota ke­selamatan, perubatan, agama dan pelbagai bidang profesional lain.

Mereka membantu Petugas Tabung Haji dalam menguruskan jemaah haji terutama semasa Operasi Masyair di Arafah, Mudzalifah dan Mina.­ MINGGUAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain