Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan kebimbangan tersebut kerana bagi beliau, cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof membuat hebahan mengenai masalah tersebut boleh menghilangkan keyakinan pendeposit.

“Sejujurnya saya bimbang dengan reaksi pasaran dan pendeposit yang boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa lantaran kurang yakin bahawa Tabung Haji akan memberikan hibah sebagaimana amalan sebelum ini.

“Jika ini berlaku, Tabung Haji akan berhadapan dengan krisis besar atau istilah kewangannya ‘bank-run’ yang mampu melumpuhkan sebuah institusi Islam yang besar sumbangannya kepada umat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mujahid mendedahkan lembaga tersebut mengeluarkan hibah bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 kerana dilakukan dalam keadaan Tabung Haji mempunyai nilai aset lebih rendah daripada liabiliti. - UTUSAN ONLINE