Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tabika Kemas perkasa pendidikan Islam

Ismail Sabri Yaakob  dan  Jamil Khir Baharom  beramah mesra dengan  kanak-kanak Tabika Kemas dalam p
Ismail Sabri Yaakob dan Jamil Khir Baharom beramah mesra dengan kanak-kanak Tabika Kemas dalam program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Kedah 2017 di Padang Awam Guar Cempedak Jerai, Kedah semalam. – UTUSAN/ FARIZ RUSADIO

JERAI 11 Sept. – Modul Penghayatan Pendidikan Islam di taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sedang diperkasakan bagi menarik minat lebih ramai ibu bapa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu berupaya memberi nilai tambah dalam silibus pembelajaran Tabika Kemas.

“Ada ibu bapa berpendapat tabika Kemas kurang memberikan pengajaran tentang pendidikan Islam, jadi mereka memilih tabika lain.

“Saya mahu ibu bapa yakin dengan kualiti pendidikan tabika Kemas kerana kita telah me­lakukan transformasi termasuk memperkasa modul Penghayatan Pendidikan Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Hari Potensi Tabika Kemas 2017 Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri me­rangkap Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Jawatankuasa Penera­ngan, Pem­bangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah.

Ismail Sabri menambah, pelaksanaan langkah transformasi itu adalah sejajar dengan aspirasi menjadikan Tabika Kemas sebagai pilihan utama ibu bapa.

“Tabika Kemas kini telah di­nobatkan jenama prasekolah terbaik dalam anugerah Asia Most Trusted Brand 2017 bersama dua lagi tadika swasta baru-baru ini.

“Walaupun hanya perlu membayar yuran yang murah berbanding dengan tadika swasta lain kerana sebahagian besar kos ditanggung kerajaan, Tabika Kemas menawarkan kualiti pendidikan prasekolah terbaik menerusi transformasi berterusan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain