Pet Kingdom menempatkan Rabbit Park yang membenarkan kanak-kanak bermain dengan haiwan itu.

Sementara itu, pengunjung yang ingin ‘mencari teman’ bagi mengisi masa lapang pula boleh mengunjungi ruang pa­meran syarikat Save A Stray dan mengambil kucing yang telah divaksinasi dengan dikenakan sedikit bayaran.

Syarikat-syarikat itu turut mena­warkan jualan alat kelengkapan atau aksesori haiwan seperti syam­pu, ubat-ubatan dan makanan.

Dalam pada itu, laman Burung Walet di Laman Ternakan pula menawarkan program dan aktiviti menarik mengenai industri terbabit.

Kaunter khidmat nasihat dan informasi, demonstrasi masakan serta pemprosesan sarang burung walet selain jualan oleh usahawan tempatan turut disediakan di situ.

Sementara itu, sebanyak 10 ekor lembu hibrid Sado seberat kira-kira 900 kilogram seekor turut dipamerkan pada MAHA kali ini.

Demonstrasi aktiviti pengumpulan semen dan permanian berhadas kambing juga diadakan dan pengunjung boleh melihat de­ngan lebih dekat proses tersebut.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengambil bahagian me­ngadakan demonstrasi bagaimana anjing membantu pasukan itu ketika operasi.