Beliau yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, isu pembayaran balik PTPTN harus mengambil kira soal kos sara hidup rakyat dan jika PH gagal mengambil kira aspek itu ia akan mengecewakan rakyat.

"Isu PTPTN yang bawa kita masuk dalam kerajaan dan isu ini juga boleh membawa kita keluar dari kerajaan dan sebab itu Kementerian Belia dan Sukan harus bertindak juga sebagai kumpulan pendesak," katanya dalam program Bicara Minda di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE