Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta syarikat-syarikat korporat supaya sentiasa bersikap kreatif dalam melaksanakan aktiviti agar ia lebih berkesan dan menepati golongan sasaran.

"Mereka perlu menyumbang semula apa yang mereka perolehi kepada masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pantau Kesihatan Anda Dengan Skuad Operasi Sihat Negaraku TN50 anjuran Kumpulan Boustead Holdings Berhad, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, Tan Sri Lodin Kamaruddin; Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Datuk Farshila Emran dan Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam. - UTUSAN ONLINE