Program anjuran ber­sama Institut Kecemerlangan Pe­ngajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM) den­gan APIUM itu menampilkan Pensyarah Hu­bungan Antarabangsa Istanbul Zaim University Royal Historical Society - United Kingdom (UK), Profesor Dr. Abd. al-Fattah El-Awaisi sebagai panel penceramah utama.

Utusan Malaysia pula sebagai rakan media kepada program syarahan yang bakal berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari itu.

Sebagai rekod, Abd. al-Fattah merupakan warga British yang berasal dari Palestin dan pernah menetap serta ber­khidmat di beberapa negara Islam, selain di Barat.

Beliau pernah mencurahkan ilmu sebagai pensyarah dan membuat penyelidikan di beberapa universiti terkemuka dunia selama lebih 30 tahun, antaranya termasuklah di UK, Turki, Syria, Yaman, Palestin dan Malaysia.

Antara anugerah yang per­nah diterima kerana kece­merlangan dan sumbangan beliau ialah Special Award for Innovation serta Pioneer Award for History Making pada tahun 2007.

Abd. al-Fattah dijangka membuat pendedahan eksk­lu­sif berhubung perkara sebenar yang menyebabkan konflik di Syria tercetus dan berlarutan sehingga ke hari ini.

Berikutan itu, pihak pe­nganjur IEIJS UUM dan APIUM serta Utusan Malaysia mengalu-alukan kehadiran pel­bagai pihak termasuklah ahli akademik, pemimpin masyarakat, aktivis kemanusiaan, kakitangan kerajaan, pelajar tempatan dan antarabangsa dalam program ini, sekali gus membantu melontarkan idea kepada penyelesaian konflik tragis itu.