Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pihaknya juga percaya mereka yang mengambil bahan terlarang itu tidak takut dengan mana-mana pihak sehingga sanggup membunuh.

“Mereka lupa semua, akan jadi lebih berani untuk buat apa-apa perkara selain tidak akan fikir kesan bahaya daripada tindakan dilakukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program bual santai di Apartmen Nuri, Bayan Lepas, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur berpunca daripada perbuatan khianat tujuh remaja yang sebahgian besarnya positif syabu. - UTUSAN ONLINE