Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad berkata, bagaimanapun proses pemulihan itu bergantung kepada tekanan di sistem agihan.

Jelasnya, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 yang dikendalikan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. telah beroperasi dengan purata kapasiti 830 juta liter sehari.

“Proses pengepaman bekalan ke Kolam Imbangan Bukit Tadun sedang giat dilaksanakan dan seterusnya penyaluran bekalan ke sistem utama dan kolam-kolam perkhidmatan bagi proses pemulihan.

“Pemulihan bekalan akan berlangsung secara berperingkat bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE