Misi kemanusiaan dengan menakluk 20 hingga 30 menara tertinggi di dunia itu bertujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat dunia mengenai nasib pelarian Rohingya yang perlu diberi pembelaan.

Beliau bagaimanapun berkata, misi tersebut terlewat daripada jadual sebenar kerana sepatutnya 16 September merupakan hari beliau menamatkan misi.

“Jadual misi tersasar kerana pihak saya menerima pengesahan yang agak lewat dari segi permit mendaki menara-menara berkenaan dan juga dari segi penajaan.

“Dari segi persiapan fizikal, saya telah memulakan latihan sejak tahun lalu dan kini sudah bersedia untuk menyempurnakan misi,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Trek dan Padang Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah 2015, di sini semalam.