Azalina Othman Said

Menteri di Jabatan Perdana Mente­ri, Datuk Seri Azalina Othman Said ber­kata, ini kerana Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan kepada pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanapun, kata beliau, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri.

“Selain itu, pesalah juga boleh dikenakan hukum­an seperti yang termaktub di bawah Seksyen 91 (1) manakala Seksyen 94 Akta yang sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah supaya ibu bapa dikenakan de­nda atau membayar pampasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar terma­suk dua guru pusat tahfiz ber­kenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berke­naan.

Susulan itu, tujuh suspek berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Azalina berkata, tiada mana-mana individu boleh mengatasi un­dang-undang negara ini dan kesemua tujuh suspek kejadian itu akan diadili me­ngikut undang-undang sedia ada.

“Ketika ini, suspek berkenaan masih direman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mela­kukan khianat dengan api,” katanya.