TUN Dr. MAHATHIR
TUN Dr. MAHATHIR

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menetapkan demikian secara sebulat suara setelah menolak permohonan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar prosiding yang dijadualkan didengar minggu depan,  ditangguhkan.

Bekas Perdana Menteri itu memohon prosiding siasatan ditangguhkan sementara menungggu pendengaran rayuan beliau di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonnya unruk mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman.

Dr. Mahathir memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan suruhanjaya pada 8 Ogos lalu yang menolak permohonannya agar dua daripada lima anggota suruhanjaya itu, disingkirkan.

Semalam, Hakim Datin Azizah Nawawi membenarkan bantahan kerajaan Malaysia terhadap permohonan Dr. Mahathir untuk menamatkan pelantikan pengerusi, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Bagi Memudahkan Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon.

Dr. Mahathir memfailkan permohonan dengan memberi alasan suruhanjaya itu mencabuli keadilan asasi kerana Mohd. Sidek dan Choo Boon juga adalah anggota pasukan petugas yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengemukakan syor bagi menasihati kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

Beliau menamakan Mohd Sidek, yang juga pengerusi Petronas; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan; Choo Boon, Anggota Institut Akauntan Malaysia, K Puspanathan; Setiausaha RCI Datuk Dr. Yusof Ismail; dan kerajaan Malaysia sebagai responden. - UTUSAN ONLINE