Ketua Hakim Negara yang juga Pengerusi suruhanjaya tersebut, Tan Sri Md. Raus Sharif berkata, turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Anantham Kasinather; bekas Peguam Besar Sarawak, Datu Abdul Razak Tready dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Prof. Dr. Choong Yeow Choy.

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun sehingga 16 April 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Md. Raus turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas anggota suruhanjaya tersebut iaitu Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Sulong Matjeraie, Datuk T. Selventhiranathan dan Datuk Tee Ah [email protected] Boon Hooi di atas sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi kepada suruhanjaya tersebut.