Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan di sini berkata, ini berikutan pihaknya menerima maklumat bahawa KAPB menggunakan Pos Malaysia untuk mengambil anggota baharu dan membuat pelaburan.

Jelas unit itu lagi, pihaknya juga difahamkan maklumat berkenaan pelaburan tersebut atau risalah juga telah ditempatkan di pejabat-pejabat Pos Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum melabur dan pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri.

“Semakan suruhanjaya di pejabat Pos Malaysia di Tesco Kajang dan di pejabat Pos Malaysia Klang pada 1 Februari lalu telah menemui edaran risalah tersebut,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE