Begitu juga Surau Al-Huda di Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad yang mengambil inisiatif menganjurkan majlis pra-Ramadan dihadiri kira-kira 200 warga kerja Kumpulan Utusan di sini, hari ini.

Antara program yang diadakan ialah solat hajat dan bacaan tahlil.

Pengerusi surau tersebut, Mohd. Radzi Mohd. Zin berkata, terdapat beberapa program yang akan dianjurkan di surau itu sepanjang bulan Ramadan seperti tazkirah khas setiap kali selepas solat zuhur, tadarus al-Quran dan solat tarawih.

“Tazkirah Ramadan akan dilakukan pada setiap hari Isnin sehingga Khamis manakala tadarus al-Quran pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

“Kita mengharapkan program ini mendapat sambutan selain dapat mengeratkan ukhuwah antara warga Kumpulan Utusan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ke­tua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Penolong Ketua Pengarang, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor.