Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

Beliau berkata, gambaran Anning terhadap Islam menjadi perhatiannya kerana maklumat mengenai agama Allah dan al-Quran dilihat berdasarkan propaganda serta khabar angin.

"Sebagai seorang individu yang berpendidikan, sepatutnya anda tidak boleh bergantung pada penghakiman peribadi atau khabar angin ketika komen mengenai agama yang berusia 14 abad dan diikuti lebih 1.8 juta orang.

"Saya percaya kebimbangan utama adalah salah faham mengenai jihad berdasarkan banyak ayat dalam al-Quran," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pada hari kejadian, Anning membuat kenyataan bahawa serangan yang berlaku di Christchurch adalah berpunca daripada ‘imigresen’ yang membenarkan pendatang beragama Islam memasuki New Zealand.

Tegas Zulkifli, jihad bukan deklarasi perang menentang orang bukan Islam dan perlu diingat bahawa al-Quran secara khusus merujuk kepada orang Yahudi serta Kristian sebagai ahli kitab yang patut dilindungi dan dihormati.

Jelas beliau, konsep perang dalam Islam adalah dikendalikan dengan peraturan yang tegas bagi menjadikan ia paling mulia dalam mempertahankan dan melindungi hak manusia, mengelakkan ketidakadilan serta penindasan.

Katanya, dalam kebanyakan kes, kumpulan pengganas memohon jihad dalam usaha untuk membenarkan pelbagai bentuk keganasan dan secara terang bercanggah dengan al-Quran dan Islam.

"Satu perkara yang perlu difikirkan, bagaimana kamu percaya terdapat tradisi agama membenarkan meletupkan orang, kanak-kanak dan wanita tetapi kamu tidak dibenarkan membunuh walaupun rama-rama?," katanya. - UTUSAN ONLINE.