Pengunjung boleh menyalurkan sumbangan mereka di gerai Kementerian Pendidikan yang terletak di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dibuka sehingga Sabtu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan, Amir Khusairi Harun berkata, selain peruntukan sedia ada pihaknya juga turut menggalakkan orang ramai untuk memberi sumbangan.

Selain tabung itu, gerai tersebut turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO ke-71.

"Terdapat persembahan busking dari Sekolah Bimbingan Jalan Gasing di mana pelajar sekolah itu akan menampilkan kemahiran bermain alat-alat muzik.

"Selain itu kita juga mengadakan kuiz-kuiz. Soalan-soalan kuiz diberi berdasarkan pameran yang dipaparkan," ujarnya.

Amir Khusairi berkata, pihaknya turut membawa pegawai-pegawai daripada Sekolah Berasrama Penuh untuk memberi maklumat lengkap kepada ibu bapa yang hadir ke gerai tersebut. - UTUSAN ONLINE