Baginda yang merupakan Tuanku Canselor UPM tiba kir-kira pukul 9.15 pagi. 


Seramai 6,500 graduan iaitu 627 orang akan menerima ijazah doktor falsafah (Phd), 1,628 ijazah sarjana, ijazah sarjana muda (3,720) dan 525 diploma dalam majlis konvokesyen tersebut. 


Dalam istiadat konvokesyen itu, Ijazah Kehormat UPM akan dikurniakan kepada calon Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Datuk Seri Tajuddin Attan dan Prof. Dr. Omar M. Yaghi yang merupakan calon Fakulti Sains.


Sementara itu, gelaran Profesor Emeritus akan dikurniakan kepada calon Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Datin Dr. Farida Fatema @ Farida Jamal; Prof. Dr. Azimi Hamzah ( calon Fakulti Pengajian Pendidikan) dan Prof. Dr. Kamariah Abu Bakar yang juga dari Fakulti Pengajian Pendidikan.


Tuanku Canselor juga berkenaan untuk mengurniakan Pingat Emas Canselor kepada Khairuddin Akmal Mohamad Kamal dari Fakulti Pertanian; Pingat Emas Diraja (Bumiputera) kepada Nurul Ain Ismail dari Fakulti Pengajian Pendidikan dan Pingat Emas Pelajaran Diraja (bukan Bumiputera) kepada Eow Shiang Yen dari Fakulti Perubatan. - UTUSAN ONLINE