Menurut kenyataan daripada Istana Selangor, Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan mengikut Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008.

Keputusan itu diambil selepas baginda mengadakan perbincangan dengan Dewan Diraja Selangor hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, tindakan tersebut diambil ekoran ceramah agama yang disampaikan Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit jelutong, awal bulan ini yang mengandungi perkataan bersifar rasis, kurang beradab dan kritikan melampau ke atas Institusi Diraja. - UTUSAN ONLINE