Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sultan Selangor rasmi, nama semula Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

Sultan Selangor rasmi, nama semula Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 23 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

“Beta telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan ini Beta merasmikan dan menamakan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” titah baginda.

Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain