Ia berikutan pertuduhan ke atas pasangan suami isteri itu yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah melibatkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Menurut Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya, penggantungan itu berkuat kuasa 6 Mei lalu dan ia akan disemak semula setelah kes tersebut dimuktamadkan di mahkamah.

“Penggantungan ini selaras dengan kuasa baginda di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada 1992.

Rosmah pula dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada 2005.

Sementara itu, bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah NGV Tech Sdn. Bhd., Zulkifli Shariff ditarik balik keahliannya sebagai penyandang Darjah Kebesaran Dato’ - Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) selepas diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Darjah yang membawa gelaran Dato’ itu diterimanya pada 2010. - UTUSAN ONLINE