Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd. Tarmizi Shuib selepas anak lelakinya, Muhammad Haziq yang hilang sejak Jumaat lalu disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh.

Baginda turut mendoakan semoga keluarga Allahyarham sabar dan redha dengan dugaan tersebut.

“Beta mendoakan semua mangsa yang terjejas dengan tragedi ini akan kembali pulih dan sembuh seperti sedia kala.

“Beta juga berharap tragedi seperti ini tidak akan berulang lagi dan semoga umat Islam di seluruh dunia terus tabah dan bersatu hati,” titah Sultan Sharafuddin menerusi laman sosial Facebook Selangor Royal Office di sini pagi ini. -UTUSAN ONLINE