SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah - UTUSAN ONLINE

Titah baginda, penutupan juga perlu dilakukan ke atas sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kokurikulum serta sistem pendidikan akademik moden.


“Pendidikan tahfiz di Selangor menarik minat ramai ibu bapa dan pelajar. Di Selangor sahaja terdapat 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jais.


“Beta menitahkan sekolah-sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jais dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya,” titah baginda ketika Istiadat Perasmian Persidangan Penggal ke-2 Dewan Undangan Negeri Selangor ke-14 seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini. - UTUSAN ONLINE -