Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sultan Perak bakal berangkat ke Utusan Business Awards

Mohd. Noordin Abbas menunjukkan trofi Utusan Business Awards 2015 dalam majlis pelancarannya di Dewa
Mohd. Noordin Abbas menunjukkan trofi Utusan Business Awards 2015 dalam majlis pelancarannya di Dewan Besar Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bakal berangkat ke majlis Utusan Business Awards 2015 yang akan diadakan pada 1 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, pihaknya berbesar hati dengan keberangkatan Sultan Perak ke majlis yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada pemain-pemain dalam sektor perniagaan di negara ini.

“Kami yakin keberangkatan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja Utusan Business Awards 2015 akan memberi signifikan besar kepada anugerah yang julung kalinya diadakan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Noordin berkata, sebagai institusi media yang telah wujud selama kira-kira 78 tahun di negara ini, sudah tiba masanya Kumpulan Utusan memberikan penghargaan kepada syarikat-syarikat yang banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

“Anugerah ini juga menunjukkan Kumpulan Utusan sentiasa menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan di negara ini sekali gus meletakkan penanda aras bagi industri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, anugerah tersebut menampilkan 37 kategori de­ngan 25 kategori bagi mengiktiraf kecemerlangan industri, sembilan kategori kecemerlangan kepimpinan dan tiga kategori bagi pencapai­an sepanjang hayat.

“Penganjuran Utusan Business Awards 2015 mendapat respons yang begitu memberangsangkan daripada syarikat-syarikat yang berminat dan telah menerima kira-kira 250 penyertaan dan acara ini bakal menjadi acara tahunan bagi Kumpulan Utusan,” katanya.

Menurutnya, penganugerahan kepada pemenang diukur berdasarkan kekukuhan pertumbuhan perniagaan dan pencapaian, serta aspek sokongan terhadap masyarakat dalam sektor ekonomi setempat dan proses penilaian dijalankan oleh para juri yang berpengalaman dan pakar dalam dunia perniagaan.

Utusan Business Awards 2015 disokong oleh akhbar Utusan Malaysia bersama Yayasan Utusan dan Utusan Studios, manakala McMi­llan Woods Global dilantik sebagai firma audit dan diuruskan oleh MyEvents International.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain