Yang berangkat sama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah kira-kira pukul 7 malam ke masjid berkenaan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri dan rakyat yang tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, solat hajat memohon kesejahteraan Al-Sultan Abdullah, bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman diikuti dengan jamuan. - UTUSAN ONLINE