Untuk itu, Institusi diraja Pahang akan mengadakan mesyuarat minggu ini bagi membincangkan hasrat tersebut dan sekiranya diterima Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang, Jumaat ini.

Menurut sumber, perbincangan itu hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat dan penasihat mereka malah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sedia maklum mengenai perkara tersebut.

“Jika cadangan itu diterima ia akan membuka jalan untuk Tengku Abdullah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem pusingan.

“Berdasarkan sistem tersebut giliran Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan dan kami ingin menghormatinya,”katanya seperti dilaporkan akhbar New Straits Times.

Tambah laporan tersebut, di bawah perlembagaan Pahang penggantian boleh dilakukan sekiranya Sultan bersetuju melepaskan hak dan kuasanya.- UTUSAN ONLINE