Gambar berkenaan yang turut dikongsi di akaun Facebook Kelab ADUN Perak itu memaparkan Sultan Nazrin sekeluarga diiringi oleh beberapa petugas MRT tanpa sebarang protokol.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan dua anakanda baginda, Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Seorang netizen, Thahara Ibrahim memuat naik komen: “Ruginya masa kali pertama naik MRT tak bertembung dengan Tuanku Sultan Perak. Kalaulah masa tu bertembung, pasti patik hadiahkan sebekas sambal hijau petai cili padi yang patik buat sendiri.

“Masa tu patik buat penghantaran kepada pelanggan yang menempah. Rindu suasana kampung masa tinggal di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar. Daulat Tuanku!”

Sementara itu, Camelia Yaya pula memuat naik komen: “Sama macam ibu bapa lain, Tuanku Sultan Perak dan Permaisuri memenuhi permintaan anakanda berdua untuk merasai sendiri pengalaman menaiki MRT. Allahuakbar.”

Rasa kagum terhadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong itu juga diungkapkan Cekgu Nik dengan komen: “One of brilliant Sultan in Malaysia (Salah seorang Sultan yang bijaksana di Malaysia)... educated (terpelajar)... mencintai ilmu.”

M. Hafiz Samad pula memuat naik komen: “Orang dengan gelaran yang sangat tinggi pun nak merasa macam rakyat biasa... betul tak?”

Sementara Azlina Sogol pula mendoakan kesejahteraan ba­gin­da sekeluarga: “Allahuakbar... Semoga Tuanku dan keluarga dilindungi Allah. Daulat Tuanku.”