Berkenan berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Pe­rak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Pengerusi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Pre­siden Exxonmobil Exploration and Production Malaysia Inc., Edward E. Graham dan Pengerusi Shell Malaysia, Iain Lo.

Enam individu yang menerima anugerah mengikut kategori ma­sing-masing ialah Datuk Dr. Abdul Halim Ismail bagi kategori Pendidikan dan Komuniti; Datuk Seri Tengku Dr.  Zainal Adlin Tengku Mahamood (Alam Sekitar); dua pemenang bersama Prof. Dr. Balbir Singh Mohan Singh dan Dr. Timothy William (Kesihatan, Sains dan Teknologi); Prof. Ir. Dr. Masjuki Hassan (Pencapaian Cendekiawan Cemerlang) dan Prof. Dr. Anthony Crothers Milner untuk kategori Sumbangan Cemerlang Kepada Rakyat.

Para hadirin turut dihiburkan dengan iringan muzik klasik oleh kumpulan Orkestra Remaja Filharmonik Malaysia dan juga nyanyian artis undangan, Dayang Nurfaizah. 

Merdeka Award telah diinisia­tifkan oleh Petronas, Exxonmobil dan Shell sejak 27 Ogos 2007 bagi mengiktiraf rakyat Malaysia dan juga bukan warganegara yang memberi sumbangan cemerlang menerusi bidang masing-masing. 

Sehingga kini, Merdeka Award telah memberi pengiktirafan kepada 44 individu dan dua buah organisasi.