"Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, beta dengan sukacitanya merasmikan  Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung, Teluk Baharu, Pulau Pangkor," titah baginda dalam Majlis Pengisytiharan di sekolah tersebut hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, exco kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin. - UTUSAN ONLINE