Keberangkatan baginda ke pusat CPPC yang dibangunkan di kawasan seluas 1,052 hektar dan pada ketinggian 1,500 meter dari paras laut diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Agroto, Datuk Ahmad Salimin Ahmad Shafie dan Pengerusi Pegawai Eksekutif Agroto, Chai Meng Tat.

Agroto merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usahasama kerajaan Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Bumper Orchard (M) Sdn.Bhd.

Projek tersebut menggabungkan konsep teknologi pertanian moden dan tradisional melalui konsep penanaman hijau dan secara terbuka.

Agroto mengendalikan 202 hektar input ladang dengan penghasilan sekitar 5,000 metrik tan hasil pertanian sebulan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Pada majlis itu, baginda berdua mengadakan lawatan ke CPPC Agroto, kebun, pusat penanaman Green & Red Coral House dan Pusat Penanaman Anggur. - UTUSAN ONLINE