Hadir mengiringi baginda ialah Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin.

Terdahulu, sebaik sahaja keberangkatan baginda ke masjid tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan upacara menanam pokok sebelum hadirin diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran.

Baginda seterusnya berkenan menyaksikan pembukaan tirai plak perasmian sebagai simbolik kepada penyempurnaan masjid tersebut diikuti oleh majlis tahlil ringkas dan doa selamat.

Selepas berbuka puasa, Sultan Nazrin turut sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah sebelum menyampaikan sumbangan bantuan zakat yang diwakilkan kepada penghulu-penghulu Mukim Sungkai, Chenderiang, Batang Padang dan Bidor bernilai RM104,600 untuk 523 penerima.

Baginda juga menunaikan solat isyak dan tarawih secara berjemaah sebelum berangkat me­ninggalkan majlis.