Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Ketibaan baginda pada kira-kira pukul 10 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S. Thangeswari dan  Pengerusi MIC negeri, Datuk V. Elango.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan memukul gendang Nadaswaram di pentas utama sebagai simbolik perasmian majlis. - UTUSAN ONLINE