Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet tersebut dihadiri kira-kira 1,000 orang antaranya pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi kerajaan negeri dan pemimpin setempat.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permasuri Perak, Tuanku Zara Salim diiringi oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu serta isteri, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd. Ghazali Jalal dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa melawat kira-kira 20 gerai makanan yang menyajikan murtabak diraja, soto, sup rusa, kacang putih Buntong, mi udang serta pelbagai jenis bubur. - UTUSAN ONLINE