Baginda yang merupakan Canselor UM tiba pada pukul 8.45 pagi.



Seramai 4,868 graduan iaitu 646 orang akan menerima ijazah doktor falsafah, 1,795 ijazah sarjana dan 2,427 ijazah sarjana muda dalam majlis konvokesyen tersebut. 



Dalam istiadat konvokesyen itu, Ijazah Kehormat Doktor Sains akan dikurniakan kepada Tan Sri Datuk Dr. Lee Shin Cheng manakala Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan kepada Dr. Anthony Crothers Milner serta gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Zainal Kling dan Dr. Lin Hai Peng. - UTUSAN ONLINE